Apa khabar murid-murid?
Sudah masuk minggu ke 4 dalam penggal 3. Sudahkah kamu melaksanakan tugasan di lelaman Outreach? Murid-murid menengah 3 sudah pun menghantar tugasan mereka. Bagaimana pula dengan murid-murid menengah 4?
Pelajar Menengah 3 - Kamu akan berkenalan dengan novel 'Subuh Hilang Senja' pada penggal ini. Kita sudahpun membaca Bab 1 hingga 4. Minggu hadapan kita akan membincangkan pula Bab 5 hingga 8. Saya akan berikan bacaannya lebih awal supaya kamu akan lebih bersedia. Semasa membacanya, buat catatan kamu sendiri. Saya akan bertanyakan sinopsis setiap perenggan dan kamu harus memberikan penyampaian.
Bab 3 - Dian, Bab 4 - Fadillah, Bab 5 - Mustika, Bab 6 - Amira, Bab 7 - Kintan, Bab 8 - Miza.
Pelajar menengah 4 - Setakat ini, kita baru bertemu sekali sahaja. Banyak cabaran untuk menjalankan kelas. Saya harap kamu tetap memberikan masa mengulangkaji pelajaran Sastera kamu. Kita akan mengulangkaji novel 'Subuh Hilang Senja'. Bagi latihan pertama ini cuba lengkapkan soalan berikut.
(a) Pak Mahmud seorang ayah yang kurang bertanggungjawab. Sejauh manakah kamu setuju dengan pernyataan ini dalam novel ‘Subuh Hilang Senja’ karya Suratman Markasan.(6 markah)
(b) Teknik imbas kembali banyak digunakan dalam novel ini. Terangkan bagaimana teknik ini digunakan untuk menghidupkan watak Subuh. (7 markah)
(c) Terangkan tiga pengajaran daripada novel ini yang boleh dijadikan pedoman oleh masyarakat. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian bagi menyokong jawapan kamu itu.(12 markah)
Taip tugasan kamu di dalam blog masing-masing selewat-lewatnya pada hari Isnin, 28 Julai 2009.
Saya akan bertemu kamu pada hari Selasa 28 Julai 09 pada jam 4 petang.
Salam Mesra!
Cg Hamidah
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)