Salam Sejahtera Putera-puteri sastera,
Hari ini kita akan mengimbas kembali apa yang telah kamu pelajari daripada sesi perkongsian pada hari Sabtu yang lepas di Sekolah Menengah Dunearn. Sewaktu perkongsian itu, kita berpeluang mempelajari banyak perkara. Aktiviti hari ini;
1) Saya ingin kamu membuat refleksi akan apa yang telah kamu raih dan pelajari daripada sesi itu dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran kamu selanjutnya.
2) Berikan pandangan tentang data-data yang telah dinaikmuat oleh teman-teman kamu tentang prosa-prosa tradisional daripada buku 'Anak Laut. Komen dari segi penyampaian, isi dan juga pemahaman.
3) Lengkapkan lembaran kerja yang diberikan. Hantar kepada saya daalam minggu ini.
Terima kasih.
Cg Hamidah :)
Tuesday, February 24, 2009
Tuesday, February 17, 2009
Prosa Tradisional
Salam Sejahtera murid-muridku,
Tahun ini amat mencabar bagi kamu semua. GCE peringkat 'O' akan tiba dalam bulan Jun bagi BM dan Oktober bagi kertas peperiksaan yang lain. Sediakan jadual belajar yang teratur agar kamu tidak kelam-kabut dalam membuat ulangkaji.
Bagi pelajaran Sastera kali ini, Kita membincangkan prosa tradisional daripada buku 'Anak Laut'. Saya pasti kamu semua sudah pun melaksanakan tugasan yang diberikan. Pastikan sudah dimuatnaik ke dalam blog kamu.
Fokus tugasan itu adalah
1) Sinopsis
2) Tema & Persoalan
3) Watak & Perwatakan
4) Nilai & Pengajaran
Tugasan seterusnya,
Baca nota-nota yang telah diberikan sewaktu kelas.
Bandingkan dengan penyampaian yang telah disediakan teman-teman kamu.
Berikan komen dari segi pemahaman, penilaian ataupun penambahan.
Selamat Mencuba!

Subscribe to:
Posts (Atom)