Salam Sejahtera Putera-puteri sastera,
Hari ini kita akan mengimbas kembali apa yang telah kamu pelajari daripada sesi perkongsian pada hari Sabtu yang lepas di Sekolah Menengah Dunearn. Sewaktu perkongsian itu, kita berpeluang mempelajari banyak perkara. Aktiviti hari ini;
1) Saya ingin kamu membuat refleksi akan apa yang telah kamu raih dan pelajari daripada sesi itu dan bagaimana ia boleh membantu pembelajaran kamu selanjutnya.
2) Berikan pandangan tentang data-data yang telah dinaikmuat oleh teman-teman kamu tentang prosa-prosa tradisional daripada buku 'Anak Laut. Komen dari segi penyampaian, isi dan juga pemahaman.
3) Lengkapkan lembaran kerja yang diberikan. Hantar kepada saya daalam minggu ini.
Terima kasih.
Cg Hamidah :)
Tuesday, February 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
1) Sesi perkongsian itu telah memberikan manfaat kepada saya. Sebelum ke sesi itu, saya dan rakan-rakan belum pelajari tentang cerpen Hikayat Mat Jenin. Tetapi di sesi itu, pelajar sekolah menengah Dunearn telah memberikan ulasan dan penilaian tentang cerpen itu yang sedikit sebanyak menolong saya memahami cerpen itu. Terdapat ulasan tentang cerpen Pusaran yang lebih mendalam lagi daripada apa yang telah saya pelajari di dalam kelas. Saya pelajari tentang bentuk, rima, bunyi, nada, gaya bahasa dan tema teks bebas Ke Makam Bonda yang dibincangkan oleh Cikgu Supandi. Cikgu Sazali juga telah membincangkan cara mengupas tentang bentuk dan nada sajak. Saya beruntung kerana sudah turut serta dalam sesi perkongsian ini kerana saya dapat memperolehi maklumat-maklumat yang lebih.
Hello! Haha. Okay, sesi perkongsian itu telah memberi banyak manfaat kepada kami semua. Contohnya, kami dapat lebih pelajari dan memahami tentang beberapa cerpen seperti Hikayat Mat Jenin dan sebagainya. Kami juga telah diajar tentang bentuk, rima, bunyi, nada, gaya bahasa dan tema teks oleh Cikgu Supandi. Terdapat pelajar dari sekolah lain juga seperti Sekolah Menengah Marsling dan lain-lain lagi. Sesetengah daripada mereka sangat peramah dan kami dapat juga berbual sekejap.
Refleksi tentang sesi perkongsian di sekolah menengah dunearn
Sesi perkongsian itu telah banyak memafaatkan diri saya dari segi ,
nota-nota untuk komponen yang telah mereka memberi ulasan.
Dari itu juga,saya dapat mengetahui tentang nilai murni,tema,perwatakan,persoalan yang lain-lain yang boleh diperolehi daripada cerpen hikayat mat jenin dan cerpen,pusaran.
Yang paling memafaatkan ialah,presentasi tentang cara mengupas bentuk dan nada dalam sajak yang telah dibincangkan oleh Cikgu Sazali dari BPGH.
Saya berpendapat bahawa ulasan yang diberikan dia itu sangat berharga kerana kita dapat menganalisasi sajak dengan lebih lanjut dan dapat menggunakannya untuk menjawab persoalan-persoalan daripada sajak.
Saya berharap pada masa yang akan datang,sesi-sesi begini akan dibuat lagi :D
daripada :farliza 403 :D
Sesi perkongsian yang diadakan di Sekolah Menengah Dunearn telah memberi saya sedikit sebanyak tentang cerpen Hikayat Mat Jenin dan sebagainya. Mereka telah menerangkan dengan jelas dan slaid yang direkanya amat menarik. Ia telah membuat saya memahami dengan lebih mendalam. Di sesi perkongsian itu juga, saya telah mempelajari tentang cara-cara mengarang puisi dengan lebih baik dan komponen-komponen yang terdapat dalam sepucuk puisi seperti bentuk, nada, rima , gaya bahasa dan bunyi. Cikgu Supandi telah menggunakan video di youtube sebagai contoh sajak 'Makam Bonda' yang telah diubahkan sebagai sebuah lagu. Ia adalah idea yang kreatif untuk menarik perhatian para sasterwan dan sasterwati untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam. Saya harap sesi perkongsian ini dapat dianjurkan lagi supaya Sastera tidak akan pupus dan agar ramai pelajar Melayu yang lain akan minat untuk mempelajarinya.:D
Post a Comment