Tuesday, March 24, 2009

Mencerakin Perwatakan

Salam Ukhwah para pelajar sekalian,

Selamat kembali ke sekolah. Bagi pelajaran minggu ini, kita akan mengamati proses mencerakin perwatakan. Saya pasti semua murid sudah mendengar penerangan daripada Cikgu Aisha. Berdasarkan panduan LUPAH, beri perhatian kepada watak-watak dalam cerita yang telah ditugaskan kepada kamu. Berikut adalah pecahan tugasan.

Genre Tajuk Nama Pelajar
Drama
Asar Belum Berakhir - Mirza Men 3
Adik Berjasa - Amira Men 3
Serunai Malam - Badariah Men 4
Jalan Sempit - Fathanah Men 4

Cerpen
Sayang Ayah - Dian Men 3
Hikayat Mat Jenin - Fadilah Men 3
Anak Bumi Tercinta - Kintan Men 3

Prosa Tradisional
Pak Belalang - Mustika Men 3
Patung Kencana Dari Kuripan - Farliza Men 4
Peminangan Puteri Gunung Ledang - Irna Men 4
Raja Bersiung - Fareez Men 4
Novel Subuh Hilang Senja - Mariam Men 4

Apa itu LUPAH?

L - Latar belakang
U - Ucapan
P - Penampilan
A - Aksi
H - Hubunngan


Nota: Pastikan tukilan-tukilan kamu itu dapat menghuraikan perkara-perkara (LUPAH) di atas.

Jangan lupa emel kepada Cikgu Aisha & saya sama ada menerusi emel kami ataupun dalam blog ini.

Semoga Berjaya! :)

Cikgu Hamidah

Tuesday, March 3, 2009

Tugasan Sastera bagi Minggu 9

Apa khabar murid-muridku sekalian,

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan refleksi mereka. Saya masih lagi menantikan refleksi daripada Fathanah, Fareez dan Badariah. :) Harap lakukannya dalam minggu ini di lelaman ini.

Berikut adalah tugasan kamu untuk minggu ini;

1) (Petugas - Farliza & Fareez)
Baca Cerpen 'Anak Bumi Tercinta'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

2) (Petugas - Badariah & Fathanah)
Baca Drama 'Asar Belum Berakhir'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

3) (Petugas - Mariam & Irna)
Baca Drama 'Adik Berjasa'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

Hantar slaid kamu ke alamat ini - srikandi69@hotmail.co.uk

Kamu akan membuat penyampaian di dalam kelas Sastera pada minggu ke-10. Pelajar-pelajar lain harus juga membaca cerpen & drama-drama yang disebutkan di atas kerana kamu akan dikehendaki memberikan ulasan tentang penyampaian rakan-rakan kamu. Kita juga akan membincangkan Gaya Bahasa secara kelas.

Kita berjumpa esok 4 Mac pada jam 3 petang di Bilik Sains. :)

Salam Mesra,

Cg Hamidah :)