Tuesday, March 3, 2009

Tugasan Sastera bagi Minggu 9

Apa khabar murid-muridku sekalian,

Terima kasih kepada mereka yang telah memberikan refleksi mereka. Saya masih lagi menantikan refleksi daripada Fathanah, Fareez dan Badariah. :) Harap lakukannya dalam minggu ini di lelaman ini.

Berikut adalah tugasan kamu untuk minggu ini;

1) (Petugas - Farliza & Fareez)
Baca Cerpen 'Anak Bumi Tercinta'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

2) (Petugas - Badariah & Fathanah)
Baca Drama 'Asar Belum Berakhir'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

3) (Petugas - Mariam & Irna)
Baca Drama 'Adik Berjasa'. Siapkan slaid powerpoint berlatarkan perkara-perkara berikut;
a) a) sinopsis & plot cerita
b) tema & persoalan
c) watak & perwatakan
d) nilai & pengajaran

Hantar slaid kamu ke alamat ini - srikandi69@hotmail.co.uk

Kamu akan membuat penyampaian di dalam kelas Sastera pada minggu ke-10. Pelajar-pelajar lain harus juga membaca cerpen & drama-drama yang disebutkan di atas kerana kamu akan dikehendaki memberikan ulasan tentang penyampaian rakan-rakan kamu. Kita juga akan membincangkan Gaya Bahasa secara kelas.

Kita berjumpa esok 4 Mac pada jam 3 petang di Bilik Sains. :)

Salam Mesra,

Cg Hamidah :)

No comments: