Watak & Perwatakan
Dalam sesebuah cerita, watak boleh terbahagi kepada watak utama dan watak sampingan. Watak utama merupakan seseorang yang banyak diketengahkan dalam sesebuah cerita. Tanpa watak utama, cerita itu seakan mati dan tiada jalan cerita. Watak sampingan juga penting kerana membantu dalam mengembangkan watak utama dan cerita secara keseluruhan serta menjadi penggabung jalin dalam cerita.
Perwatakan pula akan menggambarkan sifat-sifat watak samaada positif atau negatif. Perwatakan luaran secara dasar menunjukkan apa yang fizikal pada watak atau lebih tepat apa yang jelas terlihat. Cthnya, umur, kerjaya (polis, guru dll), famili (anak yatim, miskin dll) , keadaan fizikal (catat, kacak, cantik dll) . Perwatakan dalaman pula merujuk kepada perasaan, hati, sikap, kelakuan dan keperibadian watak tersebut. Kata-kata adjektif yang menggambarkan sifat atau sikap seseorang harus berupaya dikenal pasti oleh kamu. Contohnya seperti baik hati, penyayang, rajin, cekal, tabah, penyabar, jujur, bertanggungjawab, berani, tamak, jahat, dengki, pemeras, pemalas dll). Kamu harus berupaya mencari contoh-contoh kukuh yang menerangkan sifat & sikap tersebut.
Seringkala dalam pembacaan kita, watak-watak tertentu akan menarik perhatian kita samada yang positif mahupun negatif. Mengapakah kita tertarik pada watak tersebut? Bagaimanakah penulis mengembangkan watak tersebut? Apakah yang boleh diperkatakan tentang watak tersebut?
Melalui watak-watak ini juga, penulis akan cuba mengetengahkan tema dan persoalan-persoalan buat perbincangan dan penelitian pembaca. Fikirkan tentang hal ini ketika kamu membaca. Fokus ini akan menjadi topik perbincangan kita pada pelajaran akan datang.
Selamat membaca!
Saturday, February 20, 2010
Latihan 'Menatap Wajahnya'
Helo Srikandi Sastera semua,
Kita telah membaca cerpen 'Menatap Wajahnya' pada minggu lalu. Berikut adalah latihan yang perlu kamu laksanakan. Siapkan latihan dalam bentuk powerpoint. Penyampaian akan dilakukan sewaktu kelas pada minggu hadapan.
1) Berikan sinopsis cerpen 'Menatap Wajahnya'.
2) Watak adalah pemegang peranan dalam sesebuah cerita manakala perwatakan merujuk kepada sifat keseluruhan watak yang terdiri daripada perwatakan luaran dan perwatakan dalaman.
Kenal pasti watak-watak dalam cerpen ini dan jelaskan perwatakan mereka.
Nota: Kamu boleh merujuk kepada sumber-sumber lelaman sekolah lain serta pemahaman kamu dari pembacaan cerpen ini.
Taikh penghantaran: Selasa 23/2 & Rabu 24/2
Selamat mencuba.
Cg Hamidah :)

Monday, February 8, 2010
Selamat Tahun Baru
Salam sejahtera murid-murid sastera tercinta!
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas kepada Fareez yang telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sastera bagi tahun 2009. Kepada yang lain, saya tahu ada di antara kamu yang amat kecewa dengan keputusan yang diterima. Usahlah bersedih kerana kebanyakan kamu telah berusaha dengan sebaiknya. Tahun lalu adalah kali pertama sekolah kita menduduki peperiksaan sastera Melayu. Maka itu, janganlah bergusar hati.
Bagi para pelajar tahun ini, saya berharap kamu semua akan lebih bersemangat dan menggunakan masa dalam pelajaran sastera dengan sebaik-baiknya. Saya juga akan mempertingkatkan kemahiran saya mengajar sastera supaya kita sama-sama mendapat manfaatnya.
Bagi pelajar men 4, berikut adalah urutan pelajaran kita;
Penggal 1
Minggu 2-3 : Drama - Serunai Malam (Anak Laut) - pengenalan & perbincangan
Minggu 4-6: Drama - Titik-Titik Perjuangan (Anak Laut) - pengenalan & perbincangan
Minggu 7-8: Cerpen- Menatap Wajahnya (Anak Laut) - pengenalan & perbincangan
Minggu 9-10: Cerpen- Lambaian Malar Hijau (Anak Laut) - pengenalan & perbincangan
Ujian 1 akan dijalankan pada Minggu 10.
Setakat ini dahulu. :)
Cg Hamidah

Subscribe to:
Posts (Atom)