Watak & Perwatakan
Dalam sesebuah cerita, watak boleh terbahagi kepada watak utama dan watak sampingan. Watak utama merupakan seseorang yang banyak diketengahkan dalam sesebuah cerita. Tanpa watak utama, cerita itu seakan mati dan tiada jalan cerita. Watak sampingan juga penting kerana membantu dalam mengembangkan watak utama dan cerita secara keseluruhan serta menjadi penggabung jalin dalam cerita.
Perwatakan pula akan menggambarkan sifat-sifat watak samaada positif atau negatif. Perwatakan luaran secara dasar menunjukkan apa yang fizikal pada watak atau lebih tepat apa yang jelas terlihat. Cthnya, umur, kerjaya (polis, guru dll), famili (anak yatim, miskin dll) , keadaan fizikal (catat, kacak, cantik dll) . Perwatakan dalaman pula merujuk kepada perasaan, hati, sikap, kelakuan dan keperibadian watak tersebut. Kata-kata adjektif yang menggambarkan sifat atau sikap seseorang harus berupaya dikenal pasti oleh kamu. Contohnya seperti baik hati, penyayang, rajin, cekal, tabah, penyabar, jujur, bertanggungjawab, berani, tamak, jahat, dengki, pemeras, pemalas dll). Kamu harus berupaya mencari contoh-contoh kukuh yang menerangkan sifat & sikap tersebut.
Seringkala dalam pembacaan kita, watak-watak tertentu akan menarik perhatian kita samada yang positif mahupun negatif. Mengapakah kita tertarik pada watak tersebut? Bagaimanakah penulis mengembangkan watak tersebut? Apakah yang boleh diperkatakan tentang watak tersebut?
Melalui watak-watak ini juga, penulis akan cuba mengetengahkan tema dan persoalan-persoalan buat perbincangan dan penelitian pembaca. Fikirkan tentang hal ini ketika kamu membaca. Fokus ini akan menjadi topik perbincangan kita pada pelajaran akan datang.
Selamat membaca!
Saturday, February 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment